Sunday, December 8, 2013

plucking guitar

Wednesday, February 01, 2012

Belajar Asas Cara Plucking Gitar?

Salam kepada semuanya,

Entri kali ni aku nak share sikit tentang basic cara plucking... Aku pun tak tere sangat pi basicnya aku nak share dikit semoga bermanfaat untuk kita semua....

Plucking merupakan salah satu daripada teknik fingerstyle yang wujud di dunia ini.

Plucking juga disebut sebagai "fingerstyle", juga disebut "fingerpicking" yang merupakan koleksi teknik untuk setting-kan tali gitar kepada pergerakan yang menghasilkan bunyi. Kenapa ianya disebut koleksi..sebab cara plucking bukannya satu..ada beberapa banyak juga pattern yang berbeza. Ada yang mudah, ada yang susah.

Plucking merupakan stail gitar klasik. Untuk zaman sekarang, banyak muzik rockers telah memperkenalkan beberapa teknik plucking yang baru. Sharing kali ni akan memberikan tip basic teknik dan notasi unuk memainkan gitar plucking/fingerstyle ini.

Sebenarnya ada 2 kaedah major untuk right handed gitaris, samaada menggunakan pick/plecktrum ataupun guna jari sahaja. Menggunakan pick biasanya dalam muzik rock/pop untuk menghasilkan bunyi yang kuat. Dalam muzik klasik, klasik/flamenco gitaris menggunakan jari memainkan fingerstyle dimana bunyi yang dihasilkan lebih lembut daripada menggunakan pick. Kalau beginner gitaris adalah dinasihatkan gunakan jari dahulu...Bagi yang rasa susah nak pluck gitar anda..Tak pa gunakan jak satu jari dahulu, kemudian dua jari..dan seterusnya.









Plucking mesti menggunakan ibu jari anda dan sekurang-kurangnya satu lagi jari untuk pluck not menggunakan jari telunjuk, jari hantu ataupun jari manis.....Gitaris yang berbakat pula mampu menggunakan kelima-lima jarinya untuk plucking.

ASAS HAND POSITION/POSISI TANGAN?

Paling penting kena belajar asas hand position dahulu...Kadang-kadang ada juga gitaris main bedal jak main gitar...pegang gitar jak pun salah...pi terpulanglah individu masing-masing...
Cuma bagi aku tuk jadi gitaris yang baik teknik asas mesti betul kan..??...
Mula-mula sekali, ini cara aku lah...telapak tangan right-handed gitaris mestilah seperti memegang pisau...cuma bezanya ibu jari mestilah lurus dan sentiasa diarah jauh daripada 4 jari yang lainnya...macm kat bawah nie.....










dan pergerakan jemari macam menaip keyboard komputer...plucking lah tali gitar dengan keseragaman antara fretting hand dan plucking hand...
bayangkan??

Sentiasalah membuat latihan untuk melembutkan jari jemari anda...
Dan jangan lupa kalo baru nak belajar plucking tu potong kuku sependek yang boleh supaya tak susah nak pluck gitar...Kalau dah lancar nak plucking guna kuku gantikan pick pun tak jadi masalah...

Dalam strumming, korang akan menghayunkan tangan untuk downstroke dan upstroke kan? Tapi dalam plucking cara yang sewajarnya adalah jangan gerakkan/hayun tangan anda seluruhnya....Ingat dalam plucking medium yang digunakan hanya jari dan telapak tangan dan pergerakan mestilah setempat.


#angkat jemari anda dan pluck gitar satu-satu...perlahan-lahan...











*Pastikan jemari anda sentiasa terbuka dan jarang sedikit...





Asasnya hand posisi yang salah dan betul seperti berikut:

#plucking hand jangan digenggam......

#pastikan plucking hand tak rapat dan jarang sedikit (sentiasa terbuka)....


#fretting hand asas nya seperti gambar ni....
label 1: pastikan freeting hand diangkat dan tidak bersentuhan dengan badan fret.
label 2: tangan mestilah lurus








NOTASI FINGERSTYLE ?

Dalam klasik gitar, "PIMA" adalah tanda untuk plucking(righ-hand), yang menjelaskan
jari mana yang digunakan iaitu,
P = pulgar = ibu jari
I = indice = jari telunjuk
M = medio = jari hantu
A = Anular = jari manis (kadang-kadang ditandakan C/X/E)

Ini adalah 4 jari yang biasanya kerap digunakan. Ibu jari adalah untuk gerakan down-picking dan jari-jari yang lainnya adalah untuk gerakan up-picking. Biasanya juga, sekiranya menggunakan 4 jari sahaja...jari kelingking akan menahan badan gitar ini akan membantu tangan gitaris supaya tidak bergerak-gerak dan plucking dalam keadaan setempat.









Tapi kaedah ini kadang-kadang akan membuat jari kelingking anda akan rasa sakit, jadi kalau anda dapat menggangkat jari kelingking anda... itu lebih selamatlah. Aku pula tak prefer cara nie sudah..mula-mula tu membantu lah supaya pergerakan tangan setempat dan tak bergerak-gerak.

TEKNIK FINGERSTYLE/PLUCKING ?

Kalau gitaris yang mula-mula bekajar plucking teknik paling bagus adalah, jari anda perlulah mengikut kord yang anda mainkan....
tali lead iaitu tali1, tali2, tali3 dimainkan oleh jari "I M A"
manakala tali bass iaitu tali4, tali5, tali6 dumainkan oleh ibu jari (P)

Ada sesetengah kawan-kawan aku bertanya kalau plucking kan cuma guna 4 jari tali ada enam jadi takkan nak tambah 2 jari lagi? Haha...betul juga kan...jadi ginilah jawapanku...
Contohnya kalau kord G ...Aku akan guna ibu jari pluck tali4, tali5, tali6 selebihnya 3 jari aku dipluckkan pada tali1, tali2, tali3.

Secara asasnya begitulah....Memang tak sukar kalau yang baru mahu belajar...cuma jari-jemari jak belum lembut masih keras jadi berlatihlah selalu...

FRETTING HAND & PLUCKING HAND ?

Dalam plucking 2 asas yang mustahak...iaitu plucking hand dan juga fretting hand(yang memegang badan fret gitar)....Kedua-duanya mesti mempunyai keseragaman dan mengikut melodi & ritma....ingatlah melodi & ritma sangat penting untuk melatih perasaan/feeling tuk new gitaris...

Fretting hand biasanya adalah kord-kord yang akan dimainkan gitaris....kadang-kadang teknik hammers on & flick off ditambah untuk mencantikkan bunyi melodi....

Plucking hand tanggungjawabnya pula untuk membuat banyak pattern-pattern tertentu....
Pattern nie sebenarnya fleksible kalau korang dapat buat pattern sendiri boleh juga....
Kalau beginner asasnya pluck tali gitar satu-satu guna jari dan buka tangan anda lebar-lebar..

LATIHAN/ PRACTISE...?

Cuba latihan dibawah ni....Dan cubalah kord-kord yang lainnya.....
Pertama sekali anda perlu mengenal kord....lihat kedudukan kordnya..
Kedua, tengok tab yang disediakan dan ikutlah arahan P I M A
Ketiga, plucklah dengan cara anda sendiri...


























Selain memplucking kord, pattern plucking juga sangat penting...
Kalau gitaris yang sudah pro banyak pattern yang ditahu...
Kalau nak belajar lebih lagi..tengok video nie..mungkin dapat membantu...

Acoustic Guitar Lesson : Fingerstyle patterns 3 (6/8 in Open D) + free tab


Folk Fingerstyle 1 (Guitar Lesson)



Folk Fingerstyle 2 (Guitar Lesson)


PATTERN?CORAK FINGERSTYLE ?

Patterns/corak "fingerstyle" yang boleh aku cadangkan adalah seperti berikut:
*baca tab gitar yang diberikan dengan teliti dan fahamkan....









SEKADAR INFOMASI ?

Untuk info dalam gitar fingerstyle banyak teknik yang ada contohnya, classical picking/plucking,
clawhammer/frailing, travis picking, rasgueado, scruggs style, tapping, hybrid picking, hammer-on and pull-off (hammers & flicks) dan teknik lain-lain lagi laa..

Bagi aku aku paling suka hammer-on and pull-off (hammers & flicks), ada persamaan dengan plucking cuma teknik ini guna "hammers & flicks"..bahasa melayu apa ya disebut....hehe
pi macam korang bayangkan plucking tangan kiri dan kanan serentak..macam jak lah...begitulah keadaannya...

Jadi inilah tentang basic memplucking....jadi mahu belajar tue adalah juga input sikit-sikit asasnya...sekiranya ada persoalan just leave your comment...

Sekian, Wasalam. gclefmusicca.blogspot