Wednesday, February 01, 2012
Belajar Asas Cara Plucking Gitar?
Salam kepada semuanya,
Entri
kali ni aku nak share sikit tentang basic cara plucking... Aku pun tak
tere sangat pi basicnya aku nak share dikit semoga bermanfaat untuk kita
semua....
Plucking merupakan salah satu daripada teknik fingerstyle yang wujud di dunia ini.
Plucking
juga disebut sebagai "fingerstyle", juga disebut "fingerpicking" yang
merupakan koleksi teknik untuk setting-kan tali gitar kepada pergerakan
yang menghasilkan bunyi. Kenapa ianya disebut koleksi..sebab cara
plucking bukannya satu..ada beberapa banyak juga pattern yang berbeza.
Ada yang mudah, ada yang susah.
Plucking
merupakan stail gitar klasik. Untuk zaman sekarang, banyak muzik rockers
telah memperkenalkan beberapa teknik plucking yang baru. Sharing kali
ni akan memberikan tip basic teknik dan notasi unuk memainkan gitar
plucking/fingerstyle ini.
Sebenarnya ada 2
kaedah major untuk right handed gitaris, samaada menggunakan
pick/plecktrum ataupun guna jari sahaja. Menggunakan pick biasanya
dalam muzik rock/pop untuk menghasilkan bunyi yang kuat. Dalam muzik
klasik, klasik/flamenco gitaris menggunakan jari memainkan fingerstyle
dimana bunyi yang dihasilkan lebih lembut daripada menggunakan pick.
Kalau beginner gitaris adalah dinasihatkan gunakan jari dahulu...Bagi
yang rasa susah nak pluck gitar anda..Tak pa gunakan jak satu jari
dahulu, kemudian dua jari..dan seterusnya.
Plucking
mesti menggunakan ibu jari anda dan sekurang-kurangnya satu lagi jari
untuk pluck not menggunakan jari telunjuk, jari hantu ataupun jari
manis.....Gitaris yang berbakat pula mampu menggunakan kelima-lima
jarinya untuk plucking.
ASAS HAND POSITION/POSISI TANGAN?
Paling
penting kena belajar asas hand position dahulu...Kadang-kadang ada juga
gitaris main bedal jak main gitar...pegang gitar jak pun salah...pi
terpulanglah individu masing-masing...
Cuma bagi aku tuk jadi gitaris yang baik teknik asas mesti betul kan..??...
Mula-mula
sekali, ini cara aku lah...telapak tangan right-handed gitaris mestilah
seperti memegang pisau...cuma bezanya ibu jari mestilah lurus dan
sentiasa diarah jauh daripada 4 jari yang lainnya...macm kat bawah
nie.....
dan
pergerakan jemari macam menaip keyboard komputer...plucking lah tali
gitar dengan keseragaman antara fretting hand dan plucking hand...
bayangkan??
Sentiasalah membuat latihan untuk melembutkan jari jemari anda...
Dan
jangan lupa kalo baru nak belajar plucking tu potong kuku sependek yang
boleh supaya tak susah nak pluck gitar...Kalau dah lancar nak plucking
guna kuku gantikan pick pun tak jadi masalah...
Dalam
strumming, korang akan menghayunkan tangan untuk downstroke dan
upstroke kan? Tapi dalam plucking cara yang sewajarnya adalah jangan
gerakkan/hayun tangan anda seluruhnya....Ingat dalam plucking medium
yang digunakan hanya jari dan telapak tangan dan pergerakan mestilah
setempat.
#angkat jemari anda dan pluck gitar satu-satu...perlahan-lahan...
*Pastikan jemari anda sentiasa terbuka dan jarang sedikit...
Asasnya hand posisi yang salah dan betul seperti berikut:
#plucking hand jangan digenggam......
#pastikan plucking hand tak rapat dan jarang sedikit (sentiasa terbuka)....
#fretting hand asas nya seperti gambar ni....
label 1: pastikan freeting hand diangkat dan tidak bersentuhan dengan badan fret.
label 2: tangan mestilah lurus
NOTASI FINGERSTYLE ?
Dalam klasik gitar, "PIMA" adalah tanda untuk plucking(righ-hand), yang menjelaskan
jari mana yang digunakan iaitu,
P = pulgar = ibu jari
I = indice = jari telunjuk
M = medio = jari hantu
A = Anular = jari manis (kadang-kadang ditandakan C/X/E)
Ini
adalah 4 jari yang biasanya kerap digunakan. Ibu jari adalah untuk
gerakan down-picking dan jari-jari yang lainnya adalah untuk gerakan
up-picking. Biasanya juga, sekiranya menggunakan 4 jari sahaja...jari
kelingking akan menahan badan gitar ini akan membantu tangan gitaris
supaya tidak bergerak-gerak dan plucking dalam keadaan setempat.
Tapi
kaedah ini kadang-kadang akan membuat jari kelingking anda akan rasa
sakit, jadi kalau anda dapat menggangkat jari kelingking anda... itu
lebih selamatlah. Aku pula tak prefer cara nie sudah..mula-mula tu
membantu lah supaya pergerakan tangan setempat dan tak bergerak-gerak.
TEKNIK FINGERSTYLE/PLUCKING ?
Kalau gitaris yang mula-mula bekajar plucking teknik paling bagus adalah, jari anda perlulah mengikut kord yang anda mainkan....
tali lead iaitu tali1, tali2, tali3 dimainkan oleh jari "I M A"
manakala tali bass iaitu tali4, tali5, tali6 dumainkan oleh ibu jari (P)
Ada
sesetengah kawan-kawan aku bertanya kalau plucking kan cuma guna 4 jari
tali ada enam jadi takkan nak tambah 2 jari lagi? Haha...betul juga
kan...jadi ginilah jawapanku...
Contohnya kalau kord G ...Aku
akan guna ibu jari pluck tali4, tali5, tali6 selebihnya 3 jari aku
dipluckkan pada tali1, tali2, tali3.
Secara
asasnya begitulah....Memang tak sukar kalau yang baru mahu
belajar...cuma jari-jemari jak belum lembut masih keras jadi
berlatihlah selalu...
FRETTING HAND & PLUCKING HAND ?
Dalam
plucking 2 asas yang mustahak...iaitu plucking hand dan juga fretting
hand(yang memegang badan fret gitar)....Kedua-duanya mesti mempunyai
keseragaman dan mengikut melodi & ritma....ingatlah melodi &
ritma sangat penting untuk melatih perasaan/feeling tuk new gitaris...
Fretting
hand biasanya adalah kord-kord yang akan dimainkan
gitaris....kadang-kadang teknik hammers on & flick off ditambah
untuk mencantikkan bunyi melodi....
Plucking hand tanggungjawabnya pula untuk membuat banyak pattern-pattern tertentu....
Pattern nie sebenarnya fleksible kalau korang dapat buat pattern sendiri boleh juga....
Kalau beginner asasnya pluck tali gitar satu-satu guna jari dan buka tangan anda lebar-lebar..
LATIHAN/ PRACTISE...?
Cuba latihan dibawah ni....Dan cubalah kord-kord yang lainnya.....
Pertama sekali anda perlu mengenal kord....lihat kedudukan kordnya..
Kedua, tengok tab yang disediakan dan ikutlah arahan P I M A
Ketiga, plucklah dengan cara anda sendiri...
Selain memplucking kord, pattern plucking juga sangat penting...
Kalau gitaris yang sudah pro banyak pattern yang ditahu...
Kalau nak belajar lebih lagi..tengok video nie..mungkin dapat membantu...
Folk Fingerstyle 1 (Guitar Lesson)
Folk Fingerstyle 2 (Guitar Lesson)
PATTERN?CORAK FINGERSTYLE ?
Patterns/corak "fingerstyle" yang boleh aku cadangkan adalah seperti berikut:
*baca tab gitar yang diberikan dengan teliti dan fahamkan....
Untuk info dalam gitar fingerstyle banyak teknik yang ada contohnya, classical picking/plucking,
clawhammer/frailing,
travis picking, rasgueado, scruggs style, tapping, hybrid picking,
hammer-on and pull-off (hammers & flicks) dan teknik lain-lain lagi
laa..
Bagi
aku aku paling suka hammer-on and pull-off (hammers & flicks), ada
persamaan dengan plucking cuma teknik ini guna "hammers &
flicks"..bahasa melayu apa ya disebut....hehe
pi macam korang bayangkan plucking tangan kiri dan kanan serentak..macam jak lah...begitulah keadaannya...
Jadi
inilah tentang basic memplucking....jadi mahu belajar tue adalah juga
input sikit-sikit asasnya...sekiranya ada persoalan just leave your
comment...
Sekian, Wasalam. gclefmusicca.blogspot